Anda tercari -
cari satu kursus perniagaan internet yang lengkap tanpa perlu
membelanjakan kos yang tinggi?
Anda memerlukan tunjuk ajar daripada
seorang pakar yang telah membina perniagaan internet yang berjaya?
Anda ingin melibatkan diri di dalam
perniagaan internet dan terus menjana pendapatan yang lumayan?
Anda berada di
laman web yang betul dan akan mendapat jawapannya di sini.
Daripada:
Aridz
Ridzuan
Putrawalk, Malaysia.
Pernahkah anda mendengar luahan perasan
seperti di bawah ini?
"Sudah beribu-ribu email saya hantar
untuk promosi tetapi tiada seorang pun yang beli"
"Dah join perniagaan ini dekat 2 bulan,
tapi tak tau nak buat apa"
"Macamana nak mulakan perniagaan di
Internet? Saya bukan orang IT"
"Saya tidak ada masa nak mengadap
internet lama- lama, ada cara lebih mudah tak?"
"Saya dah tak tau nak buat apa dah, saya
memang tak reti tapi saya nak buat duit"
Jika
anda pertama kali ingin melibatkan diri di dalam perniagaan internet,
sudah tentu anda mempunyai masalah yang paling besar iaitu kebanjiran
maklumat ataupun tidak tahu langsung bagaimana melakukannya. Anda
kurang pasti perkara manakah yang perlu dilakukan dahulu. Anda menjadi
sangsi dengan semangat anda yang berkobar- kobar pada mulanya tetapi
menjadi hambar apabila anda baru sahaja ingin memulakan perniagaan
internet anda. Begitulah hakikat sebenar kepada anda yang ingin
memulakan perniagaan internet. Perkara ini adalah bukan sesuatu yabg
pelik dan pernah juga berlaku kepada saya. Jadi, jangan khuatir, saya
memahami segala permasalahan anda. Saya kerap mendengar luahan seperti
di atas.
Jangan
risau, saya akan tunjukkan penyelesaiannya. Saya sebenarnya telah
melibatkan diri di dalam dunia perniagaan internet selama lebih
daripada lima tahun. Jika saya ingat kembali di awal pembabitan saya di
dalam perniagaan internet. Saya juga seperti anda pada masa sekarang.
Perasaan tidak pasti dan tidak tahu di mana untuk bermula adalah sangat
biasa kepada seseorang yang baru ingin bermula di dalam perniagaan
internet. Jadi, ianya adalah sesuatu yang normal dan bukan luar biasa.
Apa yang anda perlukan hanyalah bantuan seseorang yang berpengalaman
untuk menunjuk cara yang berkesan kepada anda. Bayangkan anda
menjimatkan masa selama 5 tahun!
Dapatkan berita, info,
tips-tips, maklumat dan panduan PERCUMA daripada
Kursus Ebiz. ini.
Namun, website tanpa teknik pemasaran yang efektif tidak memberi apa-
apa makna. Kursus ini dilengkapkan dengan pengetahuan konsep, teori ,
praktikal dan kemahiran yang diperlukan di dalam menjana pendapatan
daripada internet.
Siapakah saya? Saya sebenarnya adalah
seseorang yang seperti anda juga. Saya mempunyai pekerjaaan tetap dan
ingin melakukan sesuatu yang boleh menambah pendapatan dengan cara yang
senang daripada rumah tanpa perlu bersusah payah untuk berniaga di
pasar malam, di tepi jalan atau ke sana ke mari berjumpa dengan orang
harap - harap boleh menjadi pelanggan. Saya tidak langsung berminat
untuk melakukan perniagaan "side-income" dengan cara kovensional. Saya
menggunakan kemajuan teknologi maklumat untuk membina perniagaan saya.
Saya pasti anda juga mempunyai minat yang sama dengan saya.
Saya berkhidmat sebagai seorang jurutera senior di sebuah syarikat
multinasional di dalam bidang R&D semikonduktor di ibu negara
hampir 10 tahun. Saya mempunyai kelulusan di dalam bidang kejuruteraan
mekatronik. Sebelum saya berkecimpung di dalam bidang perniagaan
internet, saya melibatkan diri di dalam bidang jual beli saham. Namun,
saya sebenarnya tidak memperolehi nasib yang baik di dalam bidang
tersebut. Jual beli saham bukanlah bidang saya kerana untung sikit-
sikit tetapi rugi boleh sekali gus.
Saya kini rasa berpuas hati kerana
penglibatan saya di dalam bidang perniagaan internet sangat bermakna.
Saya telah mengambil kursus di dalam teknologi web daripada Universiti
Teknologi Malaysia beberapa tahun dahulu. Saya telah berpengalaman di
dalam perniagaan internet dengan menjalankan perniagaan di bidang
aksesori wanita, kursus scuba diving, alat telekomunikasi, produk
kesihatan, produk pendidikan, produk import, adsense, webhosting,
affiliate dan pelbagai lagi. Kini, saya telah berjaya menjana
pendapatan terkumpul lebih daripada RM150,000 sepanjang penglibatan
saya di dalam perniagaan internet.
Di atas adanya permintaan, saya kini menganjurkan kursus kepada
sesiapa yang baru menceburkan diri atau ingin melibatkan diri di dalam
perniagaan internet ini. Kursus ini adalah lengkap untuk anda bermula.
Anda mendapat sesuatu yang berbeza daripada kursus - kursus perniagaan
internet lain. Di dalam kursus ini, kita akan terus belajar membina
website dan kemudiannya pemasaran internet. Kedua-duanya sama- sama
penting dan anda akan ditunjukkan semua cara- cara menjalankan
perniagaan internet yang saya lakukan. Semua rahsia kejayaan saya akan
dibongkar! Jika anda tidak puas hati, anda tanya, saya jawab!
Perkara yang menarik sekali adalah
kursus ini dijalankan dengan yuran yang amat murah walaupun ianya
sepatutnya beharga lima kali ganda. Saya masih menekankan agar
yuran untuk kursus adalah tidak membebankan dan hanya cukup untuk untuk
membayar kos sewaan bilik kursus, kos penyediaan makanan, kos sewaan
alatan dan kos penyediaan bahan kursus. Anda tidak sepatutnya merasa
rugi kerana apa yang diberikan di dalam kursus ini adalah bernilai
ribuan ringgit. Kursus membuat mee kuning pun mengenakan yuran sebanyak
RM250.00. Jangan bagitahu saya anda masih berfikir untuk hadirkan diri
atau tidak. Jangan malu- malu, jangan segan- segan. Anda segan, saya
lagi segan. Sama- sama kita mengorak langkah menjadi jutawan internet
satu hari nanti!
Antara
Bukti - Bukti Pendapatan Perniagaan Internet
Score A Programme
Global Domains International
Adsense
Produk Fizikal dengan Pembayaran Kad
Kredit
Nota : Kesemua punca pendapatan didapati
melalui perniagaan internet oleh pengendali kursus.
Modul
kursus pembinaan website dan pemasaran internet
Pagi: Pembangunan website: minisite
Kompozer dan Dreamweaver
Filezilla dan Photoshop
Pembinaan borang & Website template
Flash intro/website
Artikel dan surat jualan
Ebook cover
Search Engine Optimization (SEO)
Petang:
Strategi pemasaran efektif
Autoresponder
pembinaan video and youtube
Forum/ chatbox
pemasaran menggunakan email (no-spamming)
Social network marketing , facebook, friendster, myspace
Yahoo messenger, skype
Adword and Adsense
GDI, TrafficWave and Aweber business
Subjek - subjek lain akan ditambah mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
DVD yang mengandungi kesemua perisian penting akan diberikan. Nota juga
akan diberikan kepada anda.
Maklumat kursus:
Masa: 8.30 pagi- 5.45 petang
Jumlah peserta: 12 orang (Terhad)
Lokasi diKuala Lumpur
Aridztech's Training
Centre,
Suite G-2-2, Putra Walk Commercial Centre,
Taman Equine, 43300 Sri Kembangan,
Selangor, Malaysia.
Ringkasan kursus-
kursus yang telah diadakan:
Musim
Pertama
No
Hari
Tarikh
Tempat
Masa
Yuran
Status
1
Sabtu
15 Aug 09
Bandar Baru Bangi,
Selangor
8.30pg - 5.45 ptg
Sudah diadakan
2
Sabtu
29 Aug 09
Bandar Tasik Selatan,
Selangor
8.30pg - 5.45 ptg
Sudah diadakan
3
Sabtu
3
Okt 09
Bandar Tasik Selatan,
Selangor
8.30pg - 5.45 ptg
Sudah diadakan
4
Sabtu
15
Nov 09
Bandar Tasik Selatan,
Selangor
8.30pg - 5.45 ptg
Sudah diadakan
5
Sabtu
5
Dec 09
Bandar Tasik Selatan,
Selangor
8.30pg - 5.45 ptg
Sudah diadakan
6
Sabtu
19
Dec 09
Bandar Tasik Selatan,
Selangor
8.30pg - 5.45 ptg
Sudah
diadakan
7
Ahad
10
Jan 10
Bandar Tasik Selatan,
Selangor
8.30pg - 5.45 ptg
Sudah diadakan
8
Sabtu
16
Jan 10
INTIM Ipoh, Perak ~Hubungi :
En Fauzi Hamad, SMS no: 019-5590060
8.30pg - 5.45 ptg
Sudah diadakan
9
Sabtu
23
Jan 10
Bandar Tasik Selatan,
Selangor
8.30pg - 5.45 ptg
Sudah diadakan
10
Sabtu
6
Feb 10
INTIM Ipoh, Perak ~Hubungi :
En Fauzi Hamad, SMS no: 019-5590060
8.30pg - 5.45 ptg
Sudah diadakan
11
Sabtu
20
Feb 10
Bandar Tasik Selatan,
Selangor
8.30pg - 5.45 ptg
Sudah diadakan
12
Sabtu
20
Mac 10
1Puchong Business Park, Selangor
8.30pg - 5.45 ptg
Sudah diadakan
Musim Kedua
No
Hari
Tarikh
Tempat
Masa
Yuran
Status
1
Sabtu
5 Jun 10
Bandar
Tasik Selatan, Selangor
8.30pg
- 5.45 ptg
Sudah diadakan
2
Sabtu
19 Jun 10
Kompleks
Dagangan Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang. ~ Hubungi Puan Ain,
012-9851965
Seorang
usahawan internet separuh masa yang bergiat daripada rumah. Mempunyai
ijazah sarjana muda (kepujian) di dalam bidang Mechatronics engineering
dan juga sijil eksekutif di dalam bidang web technology daripada UTM.
Beliau juga mempunyai sijil di dalam bidang aplikasi website (Joomla)
daripada UKM. Beliau berkhidmat sebagai staff R&D engineer di dalam
bidang
semikonduktor di salah sebuah syarikat multinational di Kuala Lumpur
hampir 10 tahun. Berpengalaman selama 5 tahun di bidang internet
business dan telah menjana lebih daripada RM150 ribu dengan pelbagai
jenis perniagaan di Internet. Pendapatan semasa di dalam internet
business ialah RM3500 - RM5000 sebulan. Telah berpengalaman mengadakan
kursus pembinaan website dan pemasaran internet selama setahun.
Beberapa buah kelas telah diadakan di Kuala Lumpur; Kuantan, Pahang dan
Ipoh, Perak.
Peta lokasi :
Nota: Berhampiran Jusco, Giant dan Pasar Borong Selangor.
Kawasan berhampiran: Putrajaya, Cyberjaya, Puchong, Serdang, Bangi dan Kajang.
Peta ke Taman Equinne, PutraWalk hanya bertentangan dengan Jaya Jusco.
Yuran adalah termasuk makanan dan minuman.
Maybank account no: 112184076753
CIMB account no: 0816-0017500-52-3
Kursus akan dijalankan di
dalam Bahasa Melayu/ English